Hari ini Adobe mengumumkan banyak ciri AI generatif baharu seperti penjanaan objek dalam video, mengubah lakaran menjadi lukisan profesional, meningkat resolusi video SD ke 1440p dan banyak lagi.
Bersama-sama dengannya, Adobe Lightroom turut dikemaskini untuk peranti Android 14. Kemas kini ini membawakan sokongan menyunting imej Ultra HDR. Ultra HDR adalah ciri High Dynamic Ranger baharu yang menggunakan teknologi pemprosesan imej HDR yang dipertingkatkan cuma dengan hasil yang lebih tajam, hasil yang seimbang serta kontras yang lebih baik.
Ciri ini terhad kepada peranti Pixel 7 dan ke atas sahaja dan masih tidak ditawarkan kepada mana-mana peranti Android 14 lain. Ini secara tidak langsung menjadikan aplikasi Adobe Lightroom untuk Android adalah aplikasi kedua selepas Google Photos yang menyokong suntingan Ultra HDR.