Carian
Aplikasi TheNoor Bakal Hadir Untuk Proton Tidak Lama Lagi
October 12, 2023 Aman

Kereta Proton baharu sedia hadir dengan sistem inforia yang menyokong sejumlah aplikasi. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan sistem inforia ATLAS yang ditawarkan oleh ACO Tech. Terbaru, pihak pembangun TheNoor berkongsi menyatakan kelak aplikasi TheNoor akan ditawarkan untuk kereta Proton.

Melaluinya, dengan mudah pengguna akan dapat menyemak waktu solat, melihat masjid terdekat, dan pada masa yang sama mengakses kepada bacaan Quran, dan sejumlah kandungan lain.

Buat masa ini, tidak dinyatakan lagi bilakah aplikasi ini akan dilancarkan secara rasminya. Beberapa pembangun lain turut telah mula menawarkan aplikasi mereka untuk sistem inforia Proton, termasuk aplikasi Sarawak Go & Pay yang telah ditawarkan untuk Proton baru-baru ini.

Komen