Carian
Samsung Galaxy A05 Kini Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM649
October 16, 2023 Amy Maizuraa

Selepas Samsung Galaxy A05s kini giliran peranti Galaxy A05 pula mula disenaraikan di laman rasmi web rasmi. Anda yang berminat boleh mendapatkannya pada harga RM649 sebuah dengan pilihan warna Light Green, Black dan Silver. Peranti turut ditawarkan secara ansuran pada harga RM18.03 sebulan dengan terma dan syarat tertentu.

Samsung Galaxy A05 menggunakan skrin PLS LCD sebesar 6.6″ beresolusi HD+. Ini dipadankan juga dengan cip pemprosesan lapan teras yang tidak didedahkan secara khusus. Memori pula sehingga 6GB RAM dengan storan dalaman 128GB.

Seterusnya sistem dwi-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4) dan kamera hadapan pula 8MP. Peranti juga dimuatkan dengan bateri 5,000mAh menerusi port USB-C, bicu audio 3.5mm, sambungan bluetooth 5.3 dan pembesar suara mono.

Komen