Carian
Twitch Menambah Sokongan “Stories” Pada Aplikasi Mudah-Alih
October 17, 2023 Aman

Twitch sebelum ini telah menyatakan bakal menambah sokongan “Stories” pada perkhidmatan mereka. Kini, seperti dijanjikan, kemaskini baharu pada aplikasi mudah-alih Twitch telah mula mengaktifkan ciri “Stories” ini kepada para pengguna.

Untuk peringkat permulaan ini, hanya mereka yang telah menerbitkan sekurang-kurangnya satu strim dalam tempoh 30 hari lepas yang boleh menerbitkan perkongsian di “Stories”. Setiap kandungan yang dikongsikan akan bertahan pada aplikasi berkenaan selama tempoh 48 jam sebelum luput atau hilang.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan memudahkan lagi pengguna untuk kekal mengetahui pelbagai perkembangan penstrim kegemaran mereka. Disamping itu, langkah ini lebih mudah untuk berkongsi sesuatu perkara dengan pantas berbanding perlu melakukan penstriman langsung untuk perkongsian.

Bagi anda yang menggunakan Twitch, boleh mengemaskini aplikasi anda dan melihat ciri “Stories” ini hari ini.

Komen