Qualcomm Bekerjasama Dengan Google Untuk Pembangunan Cip Berasaskan RISC-V Untuk Wear OS
Aman
Google dan Qualcomm hari ini mengumumkan kerjasama strategik, dimana kedua-dua gergasi teknologi kini akan membangunkan sebuah cipset untuk peranti boleh-pakai, dengan berasaskan kepada binaan RISC-V.

RISC-V (disebut Risk 5) ataupun Reduced Instruction Set Computer V ialah sebuah set arahan sumber terbuka yang dibangunkan berdasarkan piawaian RISC sedia ada untuk membangunkan cip pemprosesan. RISC-V dilihat mempunyai potensi dari segi pembangunan kerana ia berasaskan sumber terbuka dan boleh dibangunkan mengikut spesifikasi dan keperluan.
Sejumlah syarikat sedia menyatakan sokongan untuk teknologi RISC-V ini, termasuk syarikat dan juga universiti tempatan seperti USM.
Dengan pembangunan cip RISC-V Snapdragon Wear ini, ia dijangka memberikan lebih kebebasan dalam pembangunan dan penyesuaian teras pemprosesan mengikut keperluan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kita akan melihat produk berasaskan RISC-V oleh Qualcomm ini.