Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan Apple Pencil baharu pada harga lebih rendah berbanding model sebelum ini, kini Apple Malaysia turut mengemaskini harga jualan untuk tablet iPad generasi ke-10. Melalui kemaskini baharu, Apple melakukan potongan harga sebanyak RM100, sekaligus menawarkan ia pada harga bermula RM1999.

Sebelum ini, ketika ia ditawarkan di Malaysia sejak November 2022 lepas, harga jualannya adalah RM2099. Harga jualan untuk model iPad yang lain masih kekal sama seperti sebelum ini.

iPad generasi ke-10 ini hadir dengan skrin 10.9-inci Liquid Retina, dikuasakan cip Apple A14, menggunakan Touch ID untuk pengesahan, hadir dengan pilihan sokongan 5G, serta menyertakan kamera 12MP di hadapan dan belakang.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan tablet Apple terbaru, mungkin boleh menyemak penawaran iPad generasi-ke-10 ini pada harga bermula RM1999. Versi selular turut menerima potongan RM100 dan boleh didapati pada harga bermula RM2749.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd