Carian
DNB, TM Dan ZTE Melakukan Ujian Pertama Di Dunia – Pemindahan Data 5G Pada Kelajuan 28Gbps
October 18, 2023 Aman

Digital Nasional Berhad, Telekom Malaysia dan ZTE kini mengumumkan kerjasama strategik, yang memperlihatkan mereka melakukan ujian 5G pertama di dunia dengan pemindahan data mencapai 28Gbps –  melalui teknologi mmWave pada teras kendiri 5G.

Untuk menjayakan perkara ini, infrastruktur dan kepakaran Telekom Malaysia digunakan, bersama-sama dengan teknologi mmWave oleh ZTE. Langkah ini sekaligus dijangka memposisikan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi mmWave.

Pihak DNB turut menyatakan penggunaan spektrum mmWave dibawah mereka membolehkan ia memberikan pengalaman 5.5G, serta menjadi asas kepada 6G kelak. Penggunaan spekstrum DNB bersama-sama teknologi TM juga turut membuka pelbagai peluang dalam arena perusahaan – terutamanya dalam pembangunan rangkaian peribadi 5G untuk industri seperti dilakukan Petronas baru-baru ini.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya, dan bagaimana Malaysia terus menerajui pembangunan piawaian teknologi mmWave di dunia.

Komen