Cari @ Amanz

OPPO bakal melancarkan telefon boleh lipat mereka yang terbaru, OPPO Find N3 Flip di Malaysia tidak lama lagi. Malah, mereka juga telah membuka sesi pra tempah untuk telefon pintar ini minggu lalu. Tetapi jika anda ingin merasai dulu pengalaman menggunakannya sebelum membuat pembelian, OPPO telah menjalankan jerayawara untuk peranti ini dan telah membuka sebuah reruai di hadapan pintu masuk utama Pavilion, Bukit Bintang sehingga 22 Oktober ini. 

Kata OPPO, telefon pintar ini merupakan telefon pintar boleh lipat pertama yang mempunyai sistem tri-kamera dan telephoto. Jadi, sekiranya anda ingin mencuba untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan kamera OPPO Find N3 Flip mereka yang terbaru, bolehlah luangkan sedikit masa untuk ke reruai ini. Malah terdapat juga beberapa aktiviti yang boleh dilakukan untuk membolehkan anda memenangi beberapa hadiah menarik, seperti OPPO Enco Air2 Pro.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd