Celcom dan Digi telah melakukan penggabungan syarikat pada November 2022 lepas, sekaligus membentuk sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. Lanjutan daripadanya, pada Disember 2022 lepas, CelcomDigi telah memperlihatkan logo ringkas yang digunakan mereka dalam pemasaran.
Kini, kurang setahun sejak pengenalannya, CelcomDigi hari ini memperkenalkan penggunaan logo baharu yang akan digunakan oleh syarikat telekomunikasi berkenaan bermula hari ini.
Logo baharu ini dilihat membawakan rekaan moden seumpama rama-rama, dan pada masa yang sama seperti menyertakan gabungan abjad “d” dan “c” bersama dengannya. Pihak CelcomDigi dijangka akan berkongsi lanjut berkenaan penjenamaan baharu mereka ini pada petang ini.