Tesla Experience Store Pertama Di Malaysia Dibuka Di Pavilion Damansara – Sesi Pandu Uji Akan Diumumkan Kelak
Ikhwan Nazri
Setelah giat membuka beberapa stesen pengecasan di beberapa tempat terpilih, hari ini Tesla telah membuka ruang pameran pertama mereka bertempat di Pavilion Damansara. Malah mereka turut menampilkan Tesla Model 3 pada acara pembukaan hari ini.


Untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 ditawarkan dalam dua versi iaitu versi panduan roda belakang pada harga bermula RM 189,000 dan versi dwi-motor pada harga bermula RM 218,000. Malah Tesla Model 3 yang dibawakan ke pasaran Malaysia merupakan versi yang dikemaskini, dan membawakan pelbagai ciri-ciri baharu termasuklah kabin yang lebih senyap dan rekaan baharu lampu depan dan belakang.


Malah mereka turut mengumumkan kesediaan untuk pandu uji Model 3 yang akan diumumkan tak lama lagi. Selain dari Model 3 dan Model Y, produk lain Tesla akan turut dijual di ruang pameran ini antaranya pengecas dan juga koleksi produk mereka. Tesla turut mengumumkan pengecas Supercharger mereka juga akan tersedia di Pavilion Damansara sekitar tahun hadapan dan buat masa ini mereka menyediakan pengecas ‘Destination’ mereka di lokasi ini.


Anda masih lagi boleh menempah Tesla Model 3 yang akan bermula penghantarannya akhir tahun ini, atau jika masih memilih Model Y, penghantarannya adalah pada awal 2024.
