Carian
Kerajaan Akan Salurkan Kredit e-Tunai RM100 Bermula Disember 2023
October 19, 2023 Aman

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bakal menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada rakyat yang berpendapatan bawah RM100,000. Selari dengannya, kini dikongsikan kredit berkenaan akan disalurkan bermula Disember 2023 kelak.

Inisiatif ini sebelum ini telah diumumkan pada Julai lepas oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menyasarkan golongan B40 dan juga M40. Kredit berjumlah RM100 ini dijangka disalurkan dan boleh ditebus melalui dompet digital terpilih kelak.

Buat masa ini, maklumat lanjut berkenaan kaedah penembusan dan sebagainya tidak diketahui lagi. Ia mungkin dikongsikan menjelang beberapa minggu sebelum pemberian kredit berkenaan.

Komen