Cari @ Amanz

Ramai menantikan cip baharu daripada Qualcomm selepas mereka mengambil alih Nuvia beberapa tahun lalu. Nuvia ialah syarikat yang terlibat dalam rekaan Apple Silicon maka pengambilalihannya memberikan harapan cip setanding Apple Silicon bakal dihasilkan oleh Qualcomm. Hari ini cip Qualcomm Snapdragon X Elite telah tertiris menerusi laman Windows Report beberapa hari sebelum acara Snapdragon Summit.

Menurut laporan tersebut, Snapdragon X Elite ialah cip 4nm yang dilengkapi 12 teras CPU Orycon baharu dan padankan dengan GPU Adreno dengan kemampuan 4.2 Teraflops. Ini menurut grafik yang tertiris menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU sehingga dua kali ganda berbanding Snapdragon 8cx Gen 3. Tumpuan diberikan kepada kemampuan AI terus pada peranti dengan NPU dengan kuasa 45 TOPS yang adalah sehingga 4.5 kali lebih pantas dalam pemprosesan AI berbanding pesaing.

Selain itu Snapdragon X Elite turut menyokong rangkaian 5G dan WiFi secara terbina. Disamping itu prestasi yang tinggi masih mampu ditawarkan tetapi penggunaan hanya 1/3 kuasa berbanding cip pesaing. Jelas dengan Snapdragon X Elite, Qualcomm ingin menawarkan cip seakan Apple M2. Maklumat lebih lanjut cip pasti akan diketahui pada acara Snapdragon Summit beberapa hari sahaja lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd