Bytedance kini menolak desas-desus yang hadir ke arena web, menyatakan kemungkinan perniagaan PICO akan ditutup. Syarikat gergasi China berkenaan menolak desas-desus berkenaan, dan menyatakan PICO kini masih beroperasi seperti biasa dan Bytedance komited dalam terus melabur pada perniagaan realiti-terimbuh berkenaan.
PICO sebelum ini telah diambil-alih oleh Bytedance pada 2022 lepas. PICO sendiri agak aktif dalam memperluaskan perniagaan dan penawaran produk PICO, termasuk di Malaysia.
Ia dikatakan PICO buat masa ini masih gagal dalam mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Bytedance dari segi jualan dan angka pengguna. Ini sekaligus membuatkan PICO telah mengurangkan tenaga kerja mereka pada awal tahun 2023 ini.
Namun, dengan Apple yang akan memasuki pasaran realiti-terimbuh pada tahun hadapan, mungkin pasaran berkenaan akan bergerak aktif kembali sekaligus turut memberikan kesan positif kepada PICO.