Samsung sedia terkenal dengan penawaran peranti mercu dibawah siri Galaxy S. Edisi seterusnya yang bakal diperkenalkan adalah Galaxy S24, dimana Samsung dijangka memperkenalkan tiga variasi telefon meliputi Galaxy S24, Gaalxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra menjelang awal tahun 2024.
Selari dengan pelbagai pihak memfokuskan kecerdasan buatan, Samsung turut dijangka memfokuskan dan mengintegrasikannya dengan meluas pada telefon mercu akan datang mereka. Pada hari ini, hanya Google yang dilihat benar-benar memfokuskan arena berkenaan melalui Pixel – namun, telefon berkenaan tidak dijual di seluruh dunia.
Integrasi kecerdasan buatan pada Galaxy S24 ini dijangka akan turut memudahkan pelbagai tugasan pengguna, termasuk untuk menjana kandungan untuk dikongsikan dan sebagainya.
Dengan penambah-baikkan ini juga, Bixby dijangka menerima kesan baik, sekaligus membolehkan Bixby berinteraksi dengan gaya yang lebih neutral seumpama manusia.
Selain Samsung, Apple juga dijangka memfokuskan perkara sama melalui iPhone dan iOS yang bakal hadir pada tahun hadapan.