Threads bermula dengan cukup gah mencecah 100 juta akaun berdaftar dalam masa kurang seminggu. Ini semua dipacu oleh kesilapan Twitter yang memperkenalkan ciri tidak popular serta kandungan yang dilihat semakin tidak berkualiti. Tetapi momentum awal Threads semalam berkurangan dengan hanya segelintir pengguna berdaftar masih setia dengan platform milik Meta ini.
Baru-baru ini pengguna Threads menyedari status yang muat naik telah dipaparkan di susur masa Facebook tanpa kebenaran mereka terlebih dahulu. Selepas menerima tempias negatif, Threads mengumumkan mereka kini mengambil maklum balas daripada pengguna sama ada tindakan mereka ini harus diteruskan ataupun tidak. Majoriti maklum balas yang diterima setakat ini menggesa Meta untuk menghentikannya kerana kandungan Threads tidak semestinya sesuai di Facebook.
Setakat ini status Threads dipaparkan bukan sahaja di Facebook tetapi juga di Instagram. Mereka mula memperkenalkan fungsi carian dan topik sohor kini serta sokongan mesej audio. Satu ciri yang masih belum ditawarkan ialah untuk berita dan perbincangan politik secara masa nyata kerana ia memerlukan tapisan yang sukar dilakukan.