Cari @ Amanz

Kesemua aksesori audio di pasaran menyokong tambatan kepada telefon, dan komputer riba menggunakan teknologi Bluetooth. Kami yakin ramai di kalangan anda tahun teknologi BT mempunyai had jarak tambahan sekitar 10 meter sahaja sebelum terputus. Hari ini Qualcomm melancarkan dua cip audio baharu Qualcomm S7 Pro Gen 1 dan Qualcomm S7 Gen 1 dengan teknologi bahari membolehkan tambatan kepada peranti hampir tiada had jarak.

Pada S7 Pro Gen 1, teknologi Qualcomm Expanded Personal Area Network (XPAN) disokong yang membolehkan tambahan kepada peranti bukan sahaja rentas bilik tetapi juga rentas tingkat pada bangunan. Menurut Qualcomm ini dilakukan menerusi rangkaian WiFi yang turut membolehkan penstriman audio nirhilang 24 bit sehingga 192 kHz dinikmati pada kuasa rendah sesuai untuk TWS.

Seperkara lagi yang membezakan cip sir Qualcomm S7 dengan siri Qualcomm S5 Gen 2 ialah terdapat NPU dengan kuasa 64 GOPS yang membolehkan pelbagai ciri kecerdasan buatan dan ML dilakukan terus pada peranti.

Teknologi ANC Qualcomm generasi keempat turut diperkenalkan yang mengubah tahap meredam hingar secara dinamik mengikut persekitaran. Disamping itu mod transparensi automatik juga boleh dilakukan bersama dengan sokongan bluetooth 5.4.

Cip S7 Gen 1 mempunyai kemampuan yang sama seperti S7 Pro Gen 1 cuma tanpa sokongan Qualcomm XPAN sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd