Carian
Samsung Dilaporkan Pertimbang Untuk Penyertaan Dalam Pasaran Cip Pemprosesan Untuk PC
October 24, 2023 Aman

Selari dengan laporan menyatakan NVIDIA bakal menyertai arena penawaran cip pemprosesan utnuk PC berasaskan ARM, kini hadir laporan dari Korea Selatan yang turut menyatakan Samsung sedang mempertimbangkan untuk menawarkan cip Exynos mereka untuk penggunaan komputer berasaskan Windows atau turut dikenali ramai sebagai PC.

Untuk makluman, desas-desus berkaitan perkara ini telah kedengaran sejak tahun 2021 lepas, dan mungkin pihak Samsung telah pun sedia menguji penawaran mereka.

Samsung pada hari ini sedia menggunakan cip Exynos yang dibangunkan sendiri pada telefon pintar dan tablet. Ini sekaligus akan memudahkan lagi proses mereka memperluaskan penawaran kepada komputer dengan mudah.

Pasaran cip pemprosesan untuk komputer pada hari ini di dominasi oleh Intel dan AMD. Dengan Windows mula menyokong cip ARM, ia kini membuka lembaran baharu untuk pelbagai pengeluar turut menyertai dan bersaing dalam arena cip pemprosesan.

Selain Samsung dan NVIDIA, Qualcomm sendiri dijangka mengumumkan penawaran cip pemprosesan mereka untuk PC dinamakan Snapdragon X pada minggu ini.

Komen