Carian
CelcomDigi Kini Menawarkan Pelan 5G Home WiFi Pada Harga RM99 – Data Tanpa Had 
October 25, 2023 Aman

Pada bulan Ogos lepas, CelcomDigi telah menawarkan pelan CelcomDigi 5G Home WiFi pada harga RM149 sebulan, yang turut hadir dengan sebuah penghala bersama langganan. Kini, CelcomDigi turut memperkenalkan variasi langganan, dimana ia ditawarkan tanpa penghala pada harga RM99 sebulan.

Penawaran lain adalah sama seperti akses data tanpa had untuk rangkaian 5G dan juga 4G. Walaupun dikatakan data tanpa had, ia masih hadir dengan FUP penggunaan sebanyak 1TB sebulan, dan selepas itu, kelajuan akan diturunkan kepada 512kbps sehingga bulan seterusnya.

Pelan baharu ini juga boleh dilanggan tanpa sebarang kontrak. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran CelcomDigi 5G Home WIFi ini melalui laman rasmi hari ini.

Komen