IQOO hari ini berkongsi secara rasmi tarikh pelancaran rasmi untuk peranti mercu baharunya. Dikenali sebagai IQOO 12, pelancarannya dijadualkan berlangsung 7 November mendatang. Pada masa sama turut disahkan hadir dengan pemprosesan terkini Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3.

Tidak mengejutkan malahan boleh dikatakan menjadi kebiasaan apabila IQOO sering menggunakan cip pemprosesan terkini pada peranti utama. Mengambil contoh beberapa model termasuk IQOO 11 yang turut dilengkapi cip kelas mercu Qualcomm.
Laporan memetik sumber GSMArena, peranti ini juga dikatakan mampu menyediakan pengalaman permua lebih baik menerusi sokongan cip khusus. Dalam masa sama besar kemungkinan terdapat juga edisi BMW yang mungkin dilancarkan kelak.

Dengan berbaki beberapa minggu sebelum pelancaran rasmi, boleh diharapkan lebih banyak maklumat akan dikongsi dalam masa terdekat.