Selari dengan kenaikkan harga langganan Apple One, kini pihak Apple turut meningkatkan harga langganan untuk Apple Arcade di Malaysia. Langganan yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM19.90 sebulan, kini ditawarkan pada harga RM29.90 sebulan.

Apple Arcade merupakan perkhidmatan langganan memfokuskan kepada permainan video oleh Apple. Sejumlah besar permainan eksklusif ditawarkan yang boleh dimainkan melalui iPhone, Mac, iPad, dan juga Apple TV.
Apple menyatakan terdapat lebih 200 permainan melalui Apple Arcade yang boleh dimainkan tanpa iklan atau keperluan pembelian dalam aplikasi.
Selain Apple Arcade, Apple turut meningkatkan harga langganan Apple One pada harga bermula RM34.90 sebulan.