Selain Honor, sembilan lagi pengeluar disahkan akan menawarkan komputer riba dengan cip Snapdragon X Elite. Pengeluar-pengeluar ini adalah Lenovo, Acer, ASUS, Dell, HP, Microsoft, Samsung, Xiaomi dan Honor. Honor yang pertama mengumumkannya di acara Snapdragon Summit awal pagi tadi.
Satu perkara yang menarik dalam sesi soal jawab dengan Qualcomm hari ini ialah mereka mengesahkan walaupun hanya satu versi Snapdragon X Elite dilancarkan, pengeluar bebas melakukan kustomasi pada cip kerana kuasa yang digunakan boleh serendah 23W pada peranti tanpa kipas penyejuk atau mencecah 80W pada peranti yang ingin menyertakan sistem penyejukan aktif untuk prestasi gaming.
Qualcomm juga tidak menolak Snapdragon X Elite boleh digunakan pada komputer desktop jika pengeluar ingin menawarkannya tetapi menegaskan ia dihasilkan khusus untuk komputer riba yang nipis dan mempunyai hayat bateri yang lebih tahan lama.