Carian
Leica M11-P Ialah Kamera Digital Pertama Menyokong Pengesahan Content Credentials
October 30, 2023 Effi Saharudin

Leica M11-P dilancarkan minggu lalu sebagai kamera digital pertama yang menyokong sistem pengesahan identiti imej Content Credentials. Setiap gambar yang diambil akan mempunyai maklumat lengkap bila ia ditangkap, identiti kamera, identiti pemilik dan sejarah sekiranya ia disunting mengikut sistem Content Crednetials yang dilancarkan C2PA awal bulan ini.

Leica M11-P dilengkapi sensor 60MP BSI-CMOS Full Frame yang dipadankan dengan cip pemprosesan imej Maestro III. Kamera ini masih lagi dari jenis SLR yang boleh mengambil 4.5 bingkai gambar sesaat. Storan adalah sebesar 256GB yang boleh ditambah dengan kad SD UHS II. Tubuh diperbuat daripada aluminium dengan terdapat versi dengan bahan loyang yang lebih premium. Pengecasan dan pemindahan data boleh dilakukan menerusi port USB-C

M11-P hanya boleh mengambil gambar statik tanpa sebarang kemampuan melakukan rakaman video. Terdapat sebuah skrin 3″ IPS LCD di belakang dengan kaca nilam yang mengelakkan sebarang isu calar. Di Malaysia Leica M11-P dijual pada harga RM44,450 sebuah untuk tubuh sahaja.

Komen