Carian
X Kini Bernilai Hanya $19 Bilion – Setahun Selepas Dibeli Elon Musk Pada Harga $44 Bilion
October 31, 2023 Effi Saharudin

Sudah lebih setahun Elon Musk mengambil-alih Twitter pada harga $44 bilion. Sejurus selepas diambil-alih beliau melakukan pelbagai tindakan drastik seperti membuang majoriti tenaga kerja, membuang sistem pengesahan calit biru, memperkenalkan langganan dan mengubah nama syarikat menjadi X. Menurut laporan Fortune hari ini, nilai X kini telah menjunam ke $19 bilion.

Ini berdasarkan nilai saham syarikat yang diberikan sebagai ekuiti kepada kakitangan, pada nilai sekitar $45. Pengurangan nilai dilihat sekitar 55% berbanding pada waktu Twitter diambil-alih oleh Elon Musk setahun lalu. Elon Musk mempunyai perancangan menjadikan X sebuah aplikasi super untuk perbankan dan juga perhubungan.

Minggu lalu ciri panggilan suara telah diaktifkan dan Musk telah mendedahkan kepada kakitangan beliau, menjangka X akan menggantikan bank dalam masa hanya setahun sahaja lagi.

Komen