Carian
Rasmi – Elon Musk Mengambil Alih Twitter
October 28, 2022 Effi Saharudin

Individu terkaya dunia Elon Musk pagi ini secara rasmi mengambil alih Twitter pada nilai $44 bilion seperti yang dipersetujui beberapa bulan yang lalu. Pengambil alihan dimuktamadkan selepas beliau melawat ibu pejabat Twitter semalam dan mengubah status pada akaun rasmi ke “Chief Twit”.

Twitter

Selepas cuba menarik diri dari pembelian asal atas faktor seperti tidak dapat mengesahkan jumlah pengguna manusia sebenar serta berbalah dengan kakitangan, Musk meneruskan juga pembelian bagi mengelak daripada terpaksa menanggung diheret oleh Twitter ke mahkamah kerana melanggar perjanjian asal.

Musk sudahpun mengesahkan tidak akan membuang 75% kakitangan seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi CEO Parag Agrawal, CFO Ned Segal dan ketua polisi serta keselamatan Vijaya Gadde telahpun dipecat serta merta. Antara rancangan awal Musk ialah untuk menjadikan Twitter sebuah aplikasi super seperti WeChat.

Komen