Carian
WeWork Dijangka Memfailkan Muflis Minggu Depan
November 1, 2023 Effi Saharudin

WeWork syarikat yang menawarkan sewaan ruang kerja terbuka dijangka memfailkan petisyen saman seawal minggu depan. Syarikat yang ditubuhkan oleh Adam Neumann pada tahun 2010 ini menghadapi isu kewangan yang serius sejak dari awal lagi walaupun selepas menerima dana berbilion dolar daripada pelabur seperti Softbank.

WeWork Kuala Lumpur

Pada waktu ini syarikat mempunyai bebanan hutang hampir $3 bilion dan tanggungan sewaan jangka panjang ruang pejabat mencecah $13 bilion. Hanya beberapa tahun yang lalu WeWork ialah sebuah syarikat unicorn yang mempunyai nilai $47 bilion kerana dilihat dapat mengubah landskap ruang pejabat moden. Di Malaysia WeWork memasuki pasaran tempatan pada tahun 2019.

Kombinasi pengurusan yang lemah menyebabkan Adam Neuman dipaksa meletakkan jawatan. Usaha untuk mengubah hala tuju syarikat terbantut disebabkan oleh pandemik. Pasca pandemik amalan bekerja dari rumah menjadi semakin popular menyebabkan WeWork semakin sukar mendapatkan pelanggan.

Komen