Pemindahan organ haiwan ke dalam tubuh manusia ataupun xenotransplan dilihat sebagai antara penyelesaian kepada masalah kekurangan penderma organ. Sejak lima tahun kebelakangan ini, usaha menggunakan organ khinzir sebagai pengganti organ manusia telah dipertingkatkan. Semalam Lawrence Faucette yang merupakan penerima jantung khinzir kedua dunia dilaporkan meninggal dunia.

Mendiang menerima jantung khinzir pada 20 September lalu menerusi prosedur yang dilakukan di University of Maryland School of Medicine. Pada peringkat awal organ berfungsi dengan baik tetapi selepas hampir enam minggu selepas pembedahan tubuh Faucette mula melakukan penolakan ke atas organ tersebut. Faucette tidak layak menerima organ jantung manusia atas beberapa masalah kesihatan sedia ada pemindahan organ khinzir sahaja yang boleh dilakukan bagi menyelamatkan nyawa beliau.
Ini turut menjadikan beliau manusia kedua yang meninggal dunia selepas menerima organ jantung khinzir. David Bennett yang merupakan penerima pertama meninggal dunia dua bulan selepas pemindahan dilakukan dipercayai akibat virus haiwan. Beliau hanya berjaya hidup selama dua bulan pasca pembedahan.
- Sumber
- University of Maryland