Keychron adalah jenama papan kekunci tersuai yang cukup terkenal. Mereka mula dikenali ramai, apabila pencipta kandungan memaparkan papan kekunci Keychron di dalam video-video mereka. Papan kekunci jenama ini terkenal dengan kemampuan kustomasi seperti menyokong pertukaran suis, memilih bahan binaan, RGB dan mesra pelbagai sistem operasi.
Di Amanz, jenama ini tidak asing di kalangan penulis kami seperti siri Q1 atau rakan satu pejabat kami Nextrift yang kerap menguji pelbagai variasi papan kekunci Keychron. Terbaru, Keychron secara rasminya memasuki pasaran Malaysia melalui laman e-dagang Lazada – Keychron’s Lazada Flagship Store.
Menurut wakil Keychron Malaysia, terdapat 88 produk ditawarkan melalui laman e-dagang ini. Papan kekunci mekanikal premium, suis kekunci premium, set kekunci, tetikus, pelbagai pilihan kabel dan juga beg menyimpan papan kekunci. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM49 dan boleh mencapai sehingga RM1299.
Sempena pembukaan kedai ini, Keychron akan menawarkan diskaun melalui Chup Dulu Deals. Anda boleh dapatkan papan kekunci pada harga diskaun 10% dengan melakukan deposit sebelum pembelian. Berikut adalah senarai papan kekunci di dalam tawaran ini;
Keychron | Harga Pasaran, RM | Harga Diskaun, RM |
Q1 Pro | RM1099 | RM949 |
C1 Pro | RM349 | RM299 |
K3 Pro | RM599 | RM509 |