Dalam diam nampaknya Tecno telah mengemaskini barisan peranti pintarnya di Malaysia. Melaluinya Tecno Spark Go 2024 telah diumumkan dengan harga jualan RM399 sebuah. Ia menjadi kesinambungan untuk Tecno Spark Go 2023 sebelum ini dengan beberapa perubahan termasuk rekaan dan spesifikasi dalaman.
Ia merupakan peranti kelas asas yang dijana dengan cip Unisoc Tiger 606. Ini digabungkan lagi dengan skrin LCD sebesar 6.6-inci beresolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Turut disertakan ialah ciri Self-developed Dynamic Port yang berfungsi seakan Dynamic Island dan Mini Capsule yang membolehkan informasi penting seperti peratus bateri, status pengecasan dan menyahkunci peranti diakses dengan mudah.
Seterusnya cip Unisoc T606, memori 8GB RAM dan storan 128GB digunakan sebagai tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas semula menggunakan sistem pengecasan 10W. Kamera pula sebesar13MP + AI Cam di belakang, yang kemudiannya dilengkapi juga kamera swafoto 8MP.
- Beli – TECNO Spark GO 2024 | Lazada