Harga Langganan YouTube Premium Meningkat Lagi Di Beberapa Negara
Effi Saharudin
Semua harga perkhidmatan langganan bulanan meningkat tahun ini membuatkan pengguna perlu memikirkan perkhidmatan mana yang perlu diteruskan. Selepas mengaktifkan halangan ke atas pengguna penghalang iklan minggu ini, Google telah menaikkan harga langganan YouTube Premium di tujuh negara.

Pelanggan di Argentina, Australia, Austria, Chile, Jerman, Poland, dan Turkiye mula menerima emel menyatakan harga langganan akan dinaikkan bermula dengan kitaran bil yang seterusnya. Harga langganan dinaikkan pada pakej peribadi, keluarga dan untuk pelajar. Menurut YouTube harga dinaikkan bagi meningkatkan kualiti penawaran kandungan mereka.
Di Malaysia harga langganan YouTube Premium telah dinaikkan pada Mei lalu. Tidak diketahui pada waktu ini jika harga akan dinaikkan lagi dalam masa terdekat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.