Carian
NVIDIA GeForce RTX 4090 Memasuki Senarai Produk Yang Tidak Boleh Dijual Di Pasaran China
November 3, 2023 Nazrin

Beberapa minggu lalu, kami telah melaporkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat telah mengemaskini senarai produk teknologi yang kini dilarang untuk dijual ke syarikat-syarikat China, yang termasuklah sejumlah besar produk-produk kecerdasan buatan NVIDIA.

Diantara produk-produk ini, ia dilihat bahawa kad grafik gaming paling berkuasa NVIDIA, iaitu NVIDIA GeForce RTX 4090 adalah salah satu daripada produk yang dilarang, dan ia menyebabkan pembelian panik di China. Terkini, NVIDIA nampaknya telah mengesahkan sendiri perkara tersebut, dan produk tersebut tidak lagi boleh dijual di China bermula 17 November ini.

Kemaskini larangan ini termasuklah penghentian jualan serta-merta produk-produk komponen komputer yang boleh memajukan teknologi kecerdasan buatan dan komponen-komponen yang mempunyai kuasa pemprosesan 4800 TOPS dan keatas.

Dimana produk seperti NVIDIA A100, A800, H100, H800, dan L40S yang dibangunkan khas untuk kecerdasan buatan dikenakan sekatan serta-merta, NVIDIA diberi masa sehingga 17 November ini untuk menghentikan jualan kad grafik tersebut di pasaran tersebut.

Ia tidak diketahui samada kad grafik tersebut boleh digunakan untuk menguasakan mesin pelayan kecerdasan buatan, tetapi kerajaan Amerika nampaknya paranoid dalam menghalan sebarang produk yang berkuasa oleh syarikat-syarikat teknologi seperti NVIDIA, Intel dan AMD daripada dijual di pasaran tersebut.

Komen