Carian
Elon Musk Akan Menawarkan Model Awal Kecerdasan Buatan xAI Kepada Kumpulan Terpilih Seawal Esok
November 3, 2023 Aman

Elon Musk hari ini berkongsi menyatakan akan memperkenalkan model awal kecerdasan buatan dibawah syarikat beliau, xAI kepada kumpulan terpilih, seawal esok. Info penuh berkenaan kecerdasan buatan berkenaan masih tidak dikongsikan lagi.

Menurut Elon Musk, model awal berkenaan menyediakan penawaran terbaik dalam beberapa aspek. Namun, tiada keterangan lanjut berkenaan perkara berkenaan yang diolah oleh Elon Musk.

Sebelum ini, pada bulan Julai 2023 lepas, Elon Musk telah membentuk syarikat baharu yang memfokuskan kecerdasan buatan, dinamakan xAI. Ketika penubuhan, matlamat utamanya adalah dikatakan dalam memahami sifat asal alam semesta.

Model kecerdasan buatan xAI ini turut menggunakan data Twitter, selain pelbagai kepakaran termasuk dari Tesla. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan esok dan melihat komen-komen awal berkenaan xAI dalam minggu-minggu akan datang.

Komen