Selamat tinggal diucapkan kepada X (dahulunya Twitter) pada konsol Sony PlayStation 5 dan Sony PlayStation 4 bermula 13 November depan. Pada tarikh tersebut pemilik konsol tidak lagi boleh menghantar kandungan ke X atau membaca kandungan X di konsol milik mereka. Sokongan berkongsi tangkapan layar, trofi dan video permainan menerusi konsol ke platform media sosial adalah antara ciri yang sudah wujud sejak era PlayStation 3 lagi.
Sony tidak memberikan sebab mengapa sokongan untuk X dihentikan tetapi pastinya berkait rapat dengan X tidak lagi menawarkan sokongan API percuma untuk media sosial. Kepada pemilik PlayStation 5 dan PlaytStation 4, satu-satunya cara untuk berkongsi klip atau tangkapan layar selepas ini ialah dengan memuat turun menggunakan PS App pada telefon pintar sebelum berkongsi menggunakan aplikasi X. Dua langkah tambahan yang sepatutnya tidak berlaku.
Hakikatnya sejak diambil alih oleh Elon Musk pelbagai langkah mengurangkan kos telah diambil tetapi semuanya gagal kerana syarikat masih gagal menjadi pendapatan seperti yang diharapkan.