Essential Ph(1) ialah telefon pintar pertama dengan kerangka titanium. Ia tidak begitu popular kerana dijual dalam jumlah serta pasaran yang terhad. Penggunaan titanium sebagai kerangka telefon dipopularkan semula oleh Apple menerusi iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max tahun ini. Peranti seterusnya yang akan menggunakan kerangka loga eksotik ini ialah Samsung Galaxy S24 Ultra.

Ini adalah menurut laporan The Elec yang mengatakan Samsung dalam peringkat akhir mendapatkan bekalan titanium untuk peranti mereka yang seterusnya. Dengan Galaxy S24 akan dilancarkan Januari depan, ramalan mengatakan Samsung Galaxy S24 Ultra akan hadir dengan kerangka titanium yang lebih tahan lasak tetapi juga lebih ringan berbanding aluminium.
Sebelum siri S24 dan Galaxy Z Fold menggunakan kerangka Armor Aluminium bagi memberikan ketahanan daripada hentakan. Dengan siri Ultra adalah peranti jenis candybar paling mercu Samsung, penggunaan logam yang kini sedang tular dilihat dapat menarik minat pelanggan.
- Sumber
- The Elec