Carian
Vivo X100 Bakal Dijana Dengan Cip MediaTek Dimensity 9300
November 7, 2023 Amy Maizuraa

Kemaskini baharu di Weibo kini mengesahkan bahawa peranti mercu baharu Vivo X100 akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 9300. Ini merupakan cip pemprosesan mercu yang baru diumumkan semalam dengan binaan 4nm, di samping prestasi lebih pantas berbanding Snapdragon 8 Gen 3.

Turut disertakan ialah cip Vivo V3 bertujuan memberi peningkatan kepada kemampuan peranti. Di mana bukan sahaja mengurangkan sela masa tangkapan malahan turut boleh menghasilkan gambar berkualiti tinggi khususnya dalam pencahayaan rendah.

Sementara itu kerjasama dengan Zeiss juga telah membawa kepada beberapa perkara menarik seperti teknologi salutan Zeiss T* baharu, serta kanta periskop dengan piawaian “Vario-Apo-Sonnar” bertujuan meningkatkan kualiti zum dan makro.

Vivo X100 bakal dilancarkan secara rasminya di China pada 16 November mendatang, yang sudah semestinya butiran lengkap dikongsikan bersama. Sama-sama kita nantikan.

Komen