Nothing Akan Melancarkan Produk Baharu Januari 2024
Fahim Zahar
Nothing kini telah berusia 3 tahun dan mempunyai lapan produk yang dijual seperti Ear (1), Phone (1), Ear (stick), Ear (2), Phone (2) dan tiga produk di bawah CMF by Nothing. Jenama ini cukup popular dan menerima maklum balas positif sehingga kedai fizikal kedua Nothing dibuka di Malaysia.
Terbaru, terdapat laporan menyatakan yang Nothing sedang bersiap sedia untuk melancarkan sesuatu pada Januari 2024 nanti. Sumber tidak mendedahkan produk apa yang bakal dilancarkan tetapi menjangkakan ia mungkin adalah Nothing Ear (3), TWS mercu ketiga mereka dan bukannya telefon pintar.

Jika bukan Ear (3), Nothing mungkin akan melancarkan sejenis aksesori baharu. Mana tahu speaker yang tertiris lepas mungkin akan menjadi realiti. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai perkara ini.
[sumber] Mashable India [/sumber]