Setahun yang lalu Lenovo ThinkPad X1 Fold Gen 2 diperlihatkan kepada umum tetapi tarikh pelancaranya tidak pula diumumkan. Hari ini Lenovo akhirnya mengesahkan komputer riba skrin boleh-lipat ini akhirnya akan ditawarkan ke pasaran global termasuk Malaysia.

Lenovo ThinkPad X1 Fold terbaru ini hadir dengan rekaan serba baru dengan paparan skrin OLED bersaiz 16.3 inci dan hadir dengan rangka peranti 25 peratus lebih nipis dari sebelum ini yang diperbuat daripada aluminium. Komputer boleh-lipat dilengkapi cip Intel Core i7 Alder Lake vPro memori sehingga 32GB DDDR5 dan juga storan sehingga 1TB SSD NVMe PCIe 4.0 dan menggerakkan sistem operasi Microsoft Windows 11.

Dari segi I/O, tablet ini hadir dengan dua palam Thunderbolt 4, satu palam USB 3.2 Type-C dan slot pilihan untuk kad SIM dan sokongan rangkaian 5G untuk model-model terpilih.
Lenovo ThinkPad X1 Fold generasi kedua ini ditawarkan pada harga bermula $2,499 (~RM11,726) sebuah bermula hari ini di beberapa pasaran dunia. Pihak Lenovo Malaysia sudahpun mengesahkan ia akan memasuki pasaran tempatan di suatu tarikh yang belum diumumkan lagi.