Xiaomi Watch 2 Pro telah diumumkan di Malaysia pada September lalu, namun tiada pula butiran mengenai ketersediaan dikongsi. Sehinggalah hari ini Xiaomi memaklumkan yang mana ia boleh dibeli bermula esok iaitu 11 November 2023. Menariknya lagi apabila harga promosi RM999 ditawarkan untuk masa terhad bersempena jualan murah 11.11, yang kemudiannya akan kembali ke harga asal RM1,199 selepas itu.
Xiaomi Watch Pro 2 menggunakan skrin AMOLED 1.43-inci dengan resolusi 466 x 466 piksel. Ini digabungkan juga dengan cip Snapdragon W5 + Gen 1, memori 2GB RAM dan storan 32GB. Tambatan pula boleh dibuat menerusi Bluetooth 5.2, di samping juga menyokong sistem GPS dwi-band, bateri 465mAh dan pelbagai sensor kesihatan/kecergasan terbina. Lebih 150 mod sukan terbina disertakan yang turut mempunyai perlindungan kalis air 5ATM.