Carian
Redmi 13C Kini Rasmi – Cip Helio G99, Skrin 90Hz Dan Bateri 5,000mAh
November 10, 2023 Amy Maizuraa

Redmi 13C telah dilancarkan secara global bermula di Nigeria. Melihat secara umum perkakasan dalamannya lebih kurang sama dengan Poco C65, di mana perbezaan hanya pada cip pemprosesan. Melaluiany Redmi 13C dijana oleh MediaTek Helio G99, dan bukannya Helio G85 seperti pada Poco C65.

Ini kemudiannya digabungkan pula dengan skrin IPS LCD 6.74-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Pilihan memori pula mencapai 8GB RAM, di samping storan dalaman mencapai 256GB. Bateri 5000mAh disertakan menyokong pengecasan 18W, namun dikhabarkan kepala pengecas diberikan hanya menyokong kuasa output 10W.

Turut melengkapi peranti ini ialah kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto 5MP. Harga jualan adalah bermula NGN 98,100 (~RM576) (4/128GB), sementara itu pilihan 8/256GB pula berharga NGN 108,100 (~RM635) sebuah.

Komen