NVIDIA Lancar GPU AI Baharu H200
Effi Saharudin
NVIDIA mengumumkan cip AI terkini mereka NVIDIA H200 pagi ini dengan ia hadir dengan memori HBM3e yang lebih pantas. Secara keseluruhan GPU yang berasakan senibina Grace Hopper ini dilengkapi memori sebesar 141 GB pada kelajuan 4.8 TB/s yang lebih pantas berbanding generasi sebelum ini NVIDIA A100.

Dengan ini proses melatih LLM yang penting untuk kecerdasan pintar (AI) turut akan menjadi lebih pantas. Turut diumumkan ialah platform baharu NVIDIA HGX H200 yang merupakan penambahbaikan kepada sistem HGX H100. Sehingga lapan GPU H200 boleh dipasang kepada sistem GFX H200 pada satu-satu masa.
Perisian dan perkakasan yang digunakan pada H100 masih serasi digunakan dengan H200. GPU NVIDIA H200 akan mula ditawarkan kepada pelanggan bermula Q2 2024.
[sumber] NVIDIA [/sumber]