Cari @ Amanz

Satu demi satu perkhidmatan “percuma” akan berubah ke model langganan bulanan. Terbaru Google mengumumkan bermula awal 2024, sandaran mesej WhatsApp akan dikira dalam kuota data Google Drive Setiap pemilik akaun Google menerima kuota 15GB storan Google Drive secara percuma. Selepas kuota digunakan, mereka perlu membayar kuota tambahan secara bayaran bulanan.

WhatsApp Backup

Kepada pengguna WhatsApp Beta, ia bermula lebih awal pada Disember ini. Pengguna Google Drive perlu memadam data yang disimpan terlebih dahulu untuk terus melakukan sandaran mesej mereka di masa hadapan kerana ia tidak lagi dibenarkan selepas kuota 15GB habis digunakan. Ini sebuah lagi langkah Google yang pastinya tidak akan disukai ramai pengguna. Kali pertama berita Google akan mula mengira sandaran WhatsApp ke dalam kuota telah kami laporkan pada tahun 2022.

Pada tahun 2021, sandaran gambar ke Google Photos pada kualiti penjimatan ruang mula diambil kira untuk kuota 15GB Google Drive. Bagi mereka yang gemar melakukan sandaran imej dan video yang diterima di WhatsApp, ruang 15GB percuma yang ditawarkan Google Drive ini akan habis digunakan dengan pantas.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd