Cari @ Amanz

Bagi yang tidak tahu, Amazon turut mempunyai sistem operasi tersendiri iaitu Fire OS. Ia digunakan pada hampir kesemua peranti pintar mereka seperti siri Echo, Fire TV dan banyak lagi. Sistem operasi ini dibina berasaskan Android dan beberapa hari lalu, kami laporkan Amazon bakal menggantikannya dengan sistem operasi Vega yang dibangunkan sendiri.

Tetapi baru-baru ini, skrin pintar Echo Show 5 dilihat telah pun menggunakan sistem operasi baharu ini kerana versi perisian memaparkan OS 1.1 berbanding pada Echo Show 8 yang menggunakan Fire OS 7.5.6.1.

Sistem operasi baharu pada Echo Show 5 ini tidak membawakan sebarang perubahan pada antaramuka dan juga pengalaman penggunaan. Vega dikatakan dibina berasaskan Linux dan memberi kawalan penuh kepada Amazon berbanding sebelum ini perlu bergantung dengan kemas kini Google melalui Android AOSP.

Perubahan yang Amazon lakukan ini adalah lebih kurang sama dengan Google yang menggantikan sistem operasi pada Nest Hub mereka dengan menggantikan sistem operasi berasaskan Chrome kepada Fuschsia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd