Carian
ColorOS Kini Mempunyai 600 Juta Pengguna Aktif Bulanan
November 17, 2023 Amy Maizuraa

Oppo berkongsi perkembangan syarikat dengan memaklumkan bahawa pelancar ColorOS kini telah mengumpul lebih 600 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai pencapaian yang baik dan mempunyai kepentingan istimewa kerana ia bertepatan dengan ulang tahun ke-10 sejak pengenalannya pada tahun 2013 yang lalu.

Ia juga diyakini akan terus mengalami trend yang bertambah baik pada masa mendatang selaras dengan penerusan pelbagai usaha menarik dilakukan oleh Oppo sendiri. Sebagai tambahannya lagi, Oppo juga telah mengumumkan pelancar baharu ColorOS 14 yang memberi tumpuan dalam pelbagai aspek termasuk kecekapan, prestasi dan keselamatan lebih baik.

Komen