Ujian Penanda-aras Awal Memperlihatkan AMD Radeon RX 7900M Bersaing Dengan NVIDIA GeForce RTX 4090
Nazrin
AMD dijangka akan memperkenalkan komputer-komputer riba dengan kad grafik komputer riba paling berkuasa mereka, iaitu AMD Radeon RX 7900M tidak lama lagi, dan baru-baru ini, kad grafik tersebut telah diuji dengan penanda-aras GeekBench 6.

Kad grafik ini memperlihatkan skor 171,430 dalam penanda-aras grafik Vulkan, yang merupakan skor yang lebih tinggi berbanding dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 untuk komputer riba.
Menurut beberapa butiran tambahan, kad grafik ini menggunakan cip grafik Navi 31 dengan 72 Compute Unit dan hadir dengan kelajuan Boost Clock setinggi 1825MHz. Kad grafik ini juga dilihat menggunakan sebanyak 16GB memori GDDR6.

Walaupun begitu, dalam ujian penanda-aras OpenCL, kad grafik ini dilihat sedikit ketinggalan berbanding dengan kad grafik yang sama, tetapi ia juga perlu diingatkan bahawa kad grafik ini masih tidak beroperasi pada kadar optimum, dan kebarangkaliannya ialah ia juga memerlukan perisian baru untuk meningkatkan lagi prestasinya.
Diantara komputer riba gaming yang dilihat akan menggunakan kad grafik berkuasa ini termasuklah Alienware M18 R1, dan lebih banyak lagi model dijangka bakal tiba pada penghujung tahun ini.
[sumber]Tom’s Hardware[/sumber]