Carian
KTM Akan Menyokong Apple Pay Dan Samsung Wallet Pada Awal Tahun 2024
November 17, 2023 Aman

KTM Berhad kini berkongsi menyatakan mereka akan menyokong pembayaran menggunakan Apple Pay dan juga Samsung Pay pada awal tahun 2024 kelak, di semua stesen KTM seluruh negara.

Perkongsian ini hadir lanjutan daripada pengenalan sokongan pembayaran berasaskan MyDebit di semua stesen KTM sejak beberapa hari lepas. Buat masa ini, sokongan kad debit sahaja yang diperkenalkan, dan sokongan kad kredit akan ditambah pada penghujung November 2023 ini.

Selain sokongan ini, penggun ajuga turut boleh menggunakan aplikasi KTM Wallet untuk pembelian tiket atas-talian, dan seterusnya melakukan imbasan kod QR di pintu masuk stesen.

Dengan langkah ini, KTM memberikan lebih kebebasan kepada pengguna, dan tidak terikat dengan hanya sistem lama sahaja.

Komen