Cari @ Amanz

Vivo Mengesahkan Kehadiran Rasmi Y27s Di Malaysia

Link Copied!

Sebelum ini Amanz melaporkan terdapatnya peranti baharu Vivo dikenali Y27s telah melepasi SIRIM Malaysia. Dalam perkongsian hari ini Vivo mengesahkan sedang bersiap sedia untuk melancarkannya dalam masa terdekat ini. Butiran penuh mengenai produk turut mula dikongsi yang sebahagian besarnya serupa dengan versi di Indonesia sebelum ini.

Melaluinya skrin LCD FHD+ 6.64-inci dengan kadar segar semula 90Hz digunakan. Ini dipadankan juga dengan cip Snapdragon 680 sebagai tunjang utama, namun masih belum jelas mengenai pilihan memori dan storan disediakan. Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas menggunakan sambungan USB-C dan sistem pengecasan 44W. Sistem kamera pula terdiri dengan 50MP + 2MP dilbelakang dan swafoto sebesar 8MP.

Peranti boleh disediakan dalam dua pilihan warna seperti Burgundy Black dan Garden Green. Namun soalan utama kini lebih terarah pada harga jualan dan ketersediaan yang masih menjadi misteri.


Komen ()