Carian
AnTuTu Mendedahkan Skor Penanda Aras RedMagic 9 Pro
November 20, 2023 Amy Maizuraa

RedMagic 9 Pro bakal dilancarkan di China pada 23 November ini sebagai peranti kelas mercu baharu. Ini boleh diperhatikan dengan jelas apabila Nubia mengesahkan penggunaan Snapdragon 8 Gen 3 sebagai tunjang utama peranti. Dalam masa sama AnTuTu turut berkongsi skor pananda aras untuknya menerusi status terkini di Weibo.

Peranti dilihat mengutip sebanyak 2,290,773 mata secara keseluruhannya. Untuk ringkasan ujian, ia mendapat 516,397 mata untuk CPU, 904,492 mata untuk GPU, 457,734 mata untuk MEM dan 412,150 mata pula untuk UX. Ia sekaligus menjadikan angka tertinggi setakat ini untuk peranti yang dilengkapi dengan cip mercu terkini Qualcomm.

Turut menjadi perhatian apabila peranti dikatakan hadir dengan sistem penyejukan dengan keupayaan pengaliran haba yang baik. Seterusnya menjadikan prestasi peranti kekal konsisten sepanjang masa, Dalam pada itu memori mencapai 24GB RAM dan storan dalaman 1TB boleh disertakan pada peranti ini.

Nantikan pelancaran rasmi yang berlangsung minggu ini bagi melihat penawaran penuh pada peranti permua baharu RedMagic ini. Sebagai rekod, RedMagic 8 Pro juga sedia dijual di Malaysia dengan harga bermula RM3,699 dan kami juga sudah mengulasnya untuk bacaan bersama.

Komen