Pelancaran sisi Samsung Galaxy S24 adalah dinantikan tahun ini kerana ia bakal menjadi telefon pintar pertama mereka yang dipasarkan sebagai peranti AI. Menurut laporan media Korea The Elec, Galaxy S24 akan dilancarkan pada 17 Januari 2024 dengan acara berlangsung di San Jose, Amerika Syarikat.
Pelancarannya adalah lebih awal berbanding siri Galaxy S23 tahun ini. Tindakan yang sama seperti yang berlaku pada siri Galaxy Z yang turut diawalkan. Besar kemungkinan kerana pesaing dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 iaitu Xiaomi 14 dan iQOO 12 telahpun dilancarkan lebih awal. Bagi memastikan peranti mereka mendapat perhatian orang ramai, jualan Galaxy S24 dikatakan akan dilakukan bermula 26 Januari.
Dengan Samsung Gauss, Samsung mempunyai model kecerdasan buatan (AI) sendiri yang dijangka akan digunakan pada siri Galaxy S24 tahun ini. Ia bakal memberikan kemampuan menjana imej generatif tersedia dan juga boleh membantu pengguna dengan lebih baik berbanding pembantu maya sedia ada tanpa sambungan internet. Tiga peranti Galaxy S24. Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra dipercayai akan dilancarkan pada acara Unpacked ini kelak.