Sam Altman Tidak Akan Kembali Ke OpenAI – Digantikan Emmet Shear Untuk Seketika
Nazrin
Tidak lama setelah Sam Altman, pengasas dan CEO OpenAI telah dipecat secara mengejut, pihak eksekutif syarikat tersebut telah cuba untuk berpatah balik untuk mendapatkannya untuk mengambil semula jawatan tersebut, setelah ditekan oleh para pelabur syarikat tersebut.
Sebarang perbincangan mengenai perkara ini nampaknya telah gagal, dengan lembaga pengarah OpenAI mengesahkan bahawa Emmet Shear, pengasas-bersama laman web penstriman Twitch akan mengambil-alih jawatan tersebut untuk seketika. Perkara ini disahkan oleh salah seorang pengasas dan pengarah lembaga OpenAI, Ilya Sutskever.

Pemecatan Sam Altman sebagai CEO OpenAI dilaporkan berlaku kerana beliau tidak begitu telus dalam komunikasi diantara pihaknya dan juga pihak lembaga pengarah syarikat tersebut. Ia berlaku secara tiba-tiba, dan disebabkan ini, beberapa pihak pengurusan dan juga penyelidik OpenAI seperti Greg Brockman juga telah meninggalkan syarikat tersebut.
Sam Altman sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk membangunkan sebuah lagi syarikat kecerdasan buatan, dan ia agak menarik untuk melihat sekiranya lebih ramai lagi penyelidik OpenAI akan meninggalkan syarikat tersebut untuk mengikutnya.
[sumber]Wired[/sumber]