Carian
Pelabur OpenAI Inginkan Sam Altman Kembali Sebagai CEO
November 19, 2023 Aman

OpenAI merupakan syarikat yang sedang meningkat naik namanya sejak setahun kebelakangan ini, dengan penawaran produk berasaskan kecerdasan buatan seperti ChatGPT dan juga Dall-E. Namun, semalam ahli lembaga pengarah OpenAI membuat langkah mengejut dengan memecat Sam Altman daripada jawatan CEO.

Perkara ini mengejutkan pelbagai pihak, termasuk para pelabur syarikat kecerdasan buatan berkenaan, seperti Microsoft dan lain-lain. Sebab disebalik pemecatan berkenaan tidak dinyatakan.

Kini, ia dilaporkan sejumlah pelabur OpenAI sedang menekan ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan untuk kembalikan Sam Altman sebagai CEO. Ia turut dikatakan Sam Altman terbuka untuk kembali, tetapi dengan salah satu syaratnya adalah dimana semua ahli lembaga sedia ada meletak jawatan.

Selain perkara ini, Sam Altman juga dikatakan sedang pertimbangkan untuk melancarkan syarikat baharu memfokuskan kecerdasan buatan – salah satu langkah sekiranya beliau tidak kembali menerajui OpenAI.

Komen