Sehingga sekarang Apple masih belum menawarkan MacBook dengan sokongan selular secara terbina. Agak canggung ini tidak berlaku kerana Lenovo misalnya telah lama menawarkan komputer riba dengan sokongan selular termasuklah 5G pada produk terbaru mereka. Menurut laporan Bloomberg, Apple hanya akan menawarkan MacBook dengan sokongan selular bermula 2028.

Ini adalah kerana usaha untuk membangunkan modem untuk iPhone perlu diselesaikan terlebih dahulu. Pembangunan modem kendiri oleh Apple berhadapan dengan pelbagai masalah dengan wujud laporan ini hanya akan berlaku pada 2026 sedangkan sasaran asal ia berlaku tahun ini. Selepas iPhone, modem untuk Apple Watch dan iPad pula akan dibangunkan sebelum MacBook akan yang terakhir menerimanya.
Apple ingin menyertakan modem secara terbina pada pemproses yang digunakan seperti yang dilakukan oleh Qualcomm pada Snapdragon X Elite. Dengan sokongan selular terbina, pemilik MacBook tidak lagi perlu bergantung kepada WiFi awam atau menggunakan hotspot peranti pintar milik mereka.
- Sumber
- Bloomberg